« March 2008 »
S M T W T F S
1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31
Articles by Topic
All topics лл
- '08 Visits (Local)
- '08 Visits (O'seas)
- 6-Part Round-up
- Abt the Final 2
- Accolades
- Astronaut/Tourist?
- By Dr Sheikh
- Challenges/Hurdles
- Dr Sheikh
- Editorials (Tributes)
- In Memoriam
- Life in Russia
- LIMA & MISA
- Other Reports
- P1 - Pre-Launch
- P2 - Launch
- P3 - Dock
- P4 - On ISS
- P5 - Undock/Return
- P6 - A New Start
- Prog's Champions
- Rehab. Updates
- Selection Process
- The 2nd Angkasawan
- The Experience
- The Experiments
- The ISS
- The Prog. - Future
- The Prog. - General
- Training Updates
- Var. Formal Appear'ce
- Well-wishes
DR SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR & THE ANGKASAWAN PROGRAMME

A Compilation of News, Updates & Press Releases

DISCLAIMER: This is an independent non-profit website. This website neither advertises nor is promoted by any of the media sites mentioned herein. Views expressed in the individual articles are those of their respective writers/journalists/media sites and not of the owner of this website, unless otherwise stated. This collection serves as a repository for future reference only. All articles and images remain the property of their original sources.

Wednesday, 19 March 2008
MALAYSIA'S FIRST ASTRONAUT COMING TO SIBU
Topic: - '08 Visits (Local)

SIBU: Malaysia's first astronaut, Dr Sheikh Muszaphar Shukor or popularly known as 'Dr SMS' will be coming to Sibu on Friday.

Sibu Municipal Council chairman Datuk Tiong Thai King said this at the press conference yesterday at Sibu Municipal Council (SMC), Wisma Sanyan here yesterday.

The press conference was also attended by Sibu police chief ACP Shafie Ismail, Bugin of Sibu Combined Education Department and of JCI Mandarin Sibu president Glyn Ho.

SMC, Sibu Police, Sibu Combined Education Department and JCI Mandarin Sibu are joint organisers of Dr Sheikh's visit to town.

"We are happy to welcome Dr Sheikh Muszaphar Shukor to Sibu this Friday."

"We hope that Dr Sheikh’s visit would motivate students to excel in their studies and also encourage the youths of Sibu to excel in whatever their venture and understandings are."

"We also hope that the students and youths of Sibu will gain a lot of experience and knowledge by interacting with Dr Sheikh," said Datuk Tiong.

In his statement at the same press conference, Bugin confirmed that about 2,000 students from 26 secondary schools in Sibu Division will be able to meet and interact with Dr Sheikh during the astronaut's motivational talk scheduled to be held at SMK Sacred Heart Hall on Sunday.

"These students, from Forms 3, 5 and 6, will be sitting for their respective public examinations this year. In line with the Education Department policy of promoting science and mathematics, it had been decided the attendance ratio would be 60:40 of science to arts students."

"Hopefully, Dr Sheikh's presentation will motivate the students academically," said Bugin.

Dr Sheikh is scheduled to be in Sibu from March 21 – 24.

In the four days, the organisers will arrange many meaningful activities for the Malaysian astronaut.

"Upon his arrival in Sibu, Dr Sheikh will proceed to hold a press conference at Tanahmas. The following morning, Dr Sheikh will make a courtesy call on Second Minister of Finance Dato Sri Wong Soon Koh, Deputy Minister of Housing and Local Government Datuk Robert Lau and SMC chairman Datuk Tiong Thai King."

"On March 23, Dr Sheikh will attend the International Joint Charity Projects at Agape Centre which will also be attended by participants from JCI Taiwan, Singapore and Malaysia districts."

"The highlight of the four-day visit will be the Astronaut Motivation Talk scheduled to be held at SMK Sacred Heart Hall," added Ho.

In anticipation of a large turnout, Sibu police chief said his men would provide security and order. He urged for public cooperation.

According to Shafie, due to his popularity, there were times when Dr Sheikh was mobbed by the crowd at functions.

"Please cooperate with the police to ensure that everything go smoothly and without incident."

"We want to ensure that Dr Sheikh leave Sibu with a good impression," said Shafie.

 

Source: The Borneo Post Online


Posted by site editor at 12:01 AM JST
Sunday, 16 March 2008
CORETAN ANGKASAWAN - PULANG KE RUSSIA SETIAP 3 BULAN
Topic: - By Dr Sheikh

RELA dijadikan bahan eksperimen bagi melihat kesan pada sistem tubuh manusia apabila terdedah kepada radiasi dan mikro graviti di angkasa lepas.

Sheikh Muszaphar perlu selesaikan kajian saintifik, jadi eksperimen untuk lihat kesan tubuh manusia terdedah kepada radiasi dan mikro graviti.

SAYA kembali semula ke Russia pada 19 Februari lalu. Bukan untuk meneruskan latihan, tetapi eksperimen saintifik yang masih belum selesai.

Tubuh badan saya dijadikan bahan eksperimen oleh saintis Russia, Jepun dan Eropah untuk melihat kesan sampingan apabila tubuh manusia terdedah kepada radiasi dan mikro graviti di angkasa lepas.

Sejak awal lagi, saya bersetuju menjadikan diri sebagai bahan eksperimen demi kebaikan manusia sedunia. Setakat ini, saya tidak mengalami sebarang kesan sampingan. Tubuh saya sudah kembali normal.

Namun pemeriksaan terhadap tubuh ini akan diteruskan setiap tiga bulan selama setahun untuk memastikan segala-gala kembali normal.

Bagaimanapun, kesempatan ke Russia membawa kembali pelbagai kenangan manis. Di negara inilah saya bertapa selama setahun untuk berlatih menjadi seorang angkasawan. Bahasa Russia masih segar di ingatan.

PELBAGAI ujian dibuat termasuk pemeriksaan darah dan kepadatan tulang.

Saya tidak menghadapi masalah berkomunikasi dengan mereka. Seolah-olah seperti pulang ke kampung halaman. Saya tinggal di StarCity selama empat hari dan berkesempatan berjumpa kawan lama, cosmonaut termasuk tenaga pengajar Russia yang membimbing saya selama ini demi memastikan saya mencapai impian ke angkasa lepas.

Mereka seperti keluarga sendiri. Saya juga berjumpa krew yang kembali bersama, termasuk cosmonaut Korea Selatan yang akan ke angkasa lepas April ini.

Ko San dan So-Yeon, dua rakan karib saya yang jelas menampakkan keghairahan menanti detik sebagai rakyat Korea Selatan pertama ke angkasa lepas.

Saya tersenyum kepada diri sendiri. Inilah perasaan yang saya alami sebelum ini. Saya menghabiskan masa selama empat jam bersama mereka menceritakan pengalaman dan menunjuk ajar mereka. Ini adalah talian persahabatan antara dua negara, Malaysia dan Korea Selatan
.

BERSAMA bakal angkasawan pertama Korea Selatan, Ko San dan So-Yeon.

Di StarCity, pelbagai ujian dijalankan termasuk pemeriksaan darah dan kepadatan tulang (bone density). Di angkasa lepas, pelbagai perubahan berlaku terhadap fisiologi tubuh termasuk kardiovaskular, otot dan tulang.

Manusia dicipta untuk hidup di bumi dan apabila manusia menjelajah angkasa lepas, pelbagai perubahan yang agak ekstrim berlaku.

Dalam waktu yang singkat, iaitu pada hari ketiga di angkasa lepas, tulang manusia mula menampakkan kesan kerapuhan atau osteopenia. Bayangkan mereka yang tinggal di ISS selama enam bulan. Setakat ini, keputusan pemeriksaan terhadap tubuh saya kelihatan memuaskan. Tidak ada keputusan tidak normal. Syukur alhamdulillah. Ini semua adalah berkat doa rakyat Malaysia.

Apabila kembali ke Malaysia, suasana pilihan raya dapat dirasai. Setiap orang sibuk bercakap mengenai pilihan raya, baik di kedai kopi mahu pun pejabat.

Sejak awal lagi, saya berminat dalam bidang politik dan sering mengikuti perkembangan politik di tanah air walaupun berada di Russia.

Namun belum terlintas untuk menceburi bidang politik secara aktif. Orang sibuk berkempen mengenai pilihan raya, saya pula sibuk berkempen mengenai angkasa lepas. Kepuasan tidak terhingga pada diri ini tercapai apabila melihat senyuman pada anak kecil dan pelajar yang begitu bersemangat untuk menceburkan diri dalam bidang sains dan matematik.

Inilah matlamat dan tanggungjawab saya ketika ini. Tanggungjawab sepanjang hayat. Inilah janjiku untuk negara
.


SOALAN: Bagaimanakah keadaan suhu dan udara ketika berada dalam Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa ISS. Saya juga ingin tahu waktu di sana?
Dpd: Siti Nor Hasmah Ahmad Jani @ SMK Seri Pantai, KL 


JAWAPAN:

ISS sentiasa mengelilingi orbit pada ketinggian kira-kira 400 kilometer dari bumi. ISS didiami empat krew yang sentiasa menjalankan pelbagai aktiviti seperti eksperimen saintifik dan membina ISS yang dijangka siap pada 2009.

Suhu di ISS ditetapkan antara 22 hingga 26 darjah Celsius dan dikawal oleh pusat kawalan misi di Moscow dan Houston. Tekanan dan kandungan udara adalah sama seperti di bumi. Kandungan oksigen, karbon dioksida dan nitrogen dikawal dengan teliti oleh pakar bagi memastikan sesuai untuk krew.

Sistem amaran akan berbunyi jika ada perubahan dalam kandungan udara di ISS dan tindakan sewajar akan diambil untuk memastikan keselamatan krew di ISS.
Sementara itu, waktu di ISS adalah mengikut GMT (Masa Min Greenwich). Saya memakai tiga jam tangan di ISS bertujuan pertama, melihat waktu solat mengikut waktu Kazakhstan; kedua, waktu GMT untuk kerja seharian dan ketiga, waktu Malaysia sebagai panduan waktu negara tercinta.

Di ISS, siang dan malam berlaku setiap 45 minit. Oleh itu, jam tangan amat penting dalam meneruskan kehidupan harian di angkasa lepas
.

 

Sumber: Berita Harian Online/ Berita Minggu


Posted by site editor at 12:01 AM JST
Sunday, 2 March 2008
CORETAN ANGKASAWAN - JELAJAH KONGSI PENGALAMAN
Topic: - By Dr Sheikh

DR SHEIKH Muszaphar menanam pokok knitu sebagai tanda lawatan ke Bandung

Dr Sheikh Muszaphar turut terima jemputan dari Arab, Amerika dan United Kingdom

SEJAK bergelar angkasawan, saya berpeluang menjelajah seluruh Malaysia untuk berkongsi pengalaman dengan setiap lapisan rakyat Malaysia. Impak program angkasawan amat menakjubkan. Ia menyentuh sanubari setiap golongan bukan saja kanak-kanak, malah pelajar universiti, belia, termasuk ibu bapa dan dewasa.

Inilah impian saya selama ini. Untuk berjumpa dengan setiap insan seluruh Malaysia dan berkongsi ilmu mengenai cara kehidupan di angkasa lepas. Ini adalah impian seluruh rakyat Malaysia. Impian negara.

Ramai yang tersentuh apabila melihat Jalur Gemilang dikibarkan di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). Rukun Negara dilaungkan di angkasa lepas. Ia membuktikan sesiapa saja mampu mencapai kejayaan jika tekun dan berusaha bersungguh-sungguh. Impian menjadi kenyataan.

Seluruh dunia juga berminat akan penghantaran angkasawan Malaysia lebih-lebih lagi negara Islam seluruh dunia. Saya mendapat jemputan dari negara Arab, Amerika, United Kingdom untuk berkongsi pengalaman bersama mereka tetapi terpaksa ditangguhkan kerana ingin menumpukan perhatian di negara tercinta dulu sebelum ke negara lain.

Saya begitu seronok apabila berjumpa kanak-kanak dan pelajar lebih-lebih lagi di pedalaman dan perkampungan.

BALAI astronomi di Bandung turut dilawati Dr Sheikh Muszaphar ketika berkunjung ke Indonesia.

Saya baru kembali dari Tawau, Sabah dan amat terharu dengan sambutan penduduk di negeri itu. Berjumpa dengan mereka memberikan satu kepuasan buat diri. Tidak dilupakan penduduk di Kelantan dan Terengganu memberikan saya satu kepuasan tidak terhingga untuk meneruskan usaha berjumpa bersama setiap lapisan masyarakat.

Lawatan saya yang pertama ke luar negara sejak kembali ke bumi adalah melawat negara jiran Indonesia dua bulan lalu. Saya perhatikan banyak persamaan antara Malaysia dan Indonesia bukan saja dari segi bahasa, malah kehidupan secara keseluruhan.

Kita juga berasal dari satu rumpun yang sama, iaitu Melayu. Indonesia begitu hampir untuk menghantar angkasawan negara mereka pada 1985. Malah astronout mereka yang dipilih seorang profesor wanita berlatih bersama Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) selama empat tahun sebagai persediaan ke angkasa lepas.

Namun impian negara mereka tidak tercapai apabila letupan shuttle Challenger yang menjejaskan setiap ekspedisi ketika itu. Itu jelas menunjukkan Indonesia begitu serius dalam bidang angkasa lepas sejak awal lagi
.

PELAJAR sekolah di Indonesia mengerumuni Dr Sheikh Muszaphar.

Lawatan saya ke Jakarta dan Bandung bersama Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis, memberi pengajaran yang begitu bermakna.

Di samping memberi ceramah dan motivasi kepada rakyat Indonesia khususnya pelajar, saya juga melawat balai astronomi yang antara tertua di dunia. Bidang astronomi sudah bertapak di Indonesia jauh lebih awal dan rakyat mereka sungguh fasih dan berilmu tinggi dalam bidang aeroangkasa dengan pelbagai soalan yang ditujukan.

Minat mereka yang mendalam jelas menunjukkan Indonesia mengambil serius bidang aeroangkasa . Minda angkasa lepas sudah tertanam pada setiap pelajar dan kanak-kanak mereka .

Inilah objektif yang ingin dicapai oleh program angkasawan untuk menyuntik inspirasi dan menghasilkan minda aeroangkasa di kalangan rakyat Malaysia . Malah slogan untuk mengangkasakan bangsa, agama dan negara harus diambil prihatin oleh setiap rakyat Malaysia agar negara tidak ketinggalan dalam bidang aeroangkasa
.


INFO: Program Angkasa 

  • Ruang angkasa lepas yang ‘vakum’ sebenarnya bukan sebenar-benarnya kosong kerana ia kadangkala diisi oleh partikel energetik (cosmik rays) termasuk ion dan nukleas atom.

  • Anjing bernama Laika, hidupan pertama ke angkasa lepas mencatat rekod malang menjadi hidupan bumi pertama mati di ruang angkasa apabila kapal angkasa dinaikinya, Sputnik 2 kehabisan oksigen pada 3 November 1957.

  • Kemalangan jiwa pertama ketika program angkasa dipercayai membabitkan cosmonaut Valentin Bondarenko ketika berlatih dalam bilik khas bertekanan rendah yang mempunyai atmosfera oksigen tulen. Kejadian berlaku pada 23 Mac 1961 ketika dia terperangkap dalam kebakaran tiba-tiba di bilik berkenaan sehingga mengakibatkan Bondarenko melecur teruk lalu mati beberapa jam kemudian
  •  

     

    Sumber: Berita Harian Online/ Berita Minggu


    Posted by site editor at 12:01 AM WST
    Saturday, 1 March 2008
    COSMONAUT SHOWS UP
    Topic: - '08 Visits (Local)

    Politicians had to take a back seat when Angkasawan Dr Sheikh Muszaphar Shukor made a special appearance during a gathering in Permatang Pasir near Bukit Mertajam. 

    The villagers, who had gathered at the Happy Family carnival held at the SMK Permatang Pasir ground on Thursday, rushed forward to shake hands with the cosmonaut when the ceremony ended. 

    The surging crowd, ranging from students to mak cik in their sixties and seventies, requested for his autograph. Dr Muszaphar also sportingly posed with them for photo shots.

    Dr Muszaphar who stole the limelight during Najib's visit to Permatang Pasir

    The cosmonaut was part of Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's entourage, which had earlier visited Kedah. Permatang Pasir was the last leg of the day's tour. 

    Najib and his wife Datin Seri Rosmah Mansor, "sensing" that it was Dr Muszaphar's day, then led a group of politicians to visit the many stalls selling cottage industry products. 

    The entourage was slightly delayed to allow the "fans" to spend some time with their idol. 

    Najib, meeting voters in Permatang Pasir

    The Deputy Prime Minister drew laughter earlier when he introduced the cosmonaut as the "candidate for the outer space seat". 

    He also introduced to the crowd Barisan Nasional candidates including Chief Minister Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, who is contesting the Batu Kawan parliamentary seat, and Datuk Pirdaus Ismail who will take on Parti Keadilan Rakyat president Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail in Permatang Pauh. 

    Also present were Education Minister Datuk Hishamuddin Tun Hussein and Datuk Abdul Jalil Abdul Majid, Datuk Arif Shah Omar Shah and Ahmad Sahar Shuib, the three Barisan candidates contesting the state seats in Permatang Pauh. 

    Najib visited Permatang Pasir, a PAS stronghold, to woo voters.  

    He advised them to give Barisan candidates a chance to serve them.

     

    Source: The Star Online


    Posted by site editor at 12:01 AM WST
    Sunday, 24 February 2008
    CORETAN ANGKASAWAN - BERNAFAS GUNA ABDOMEN UNTUK SELAMATKAN NYAWA
    Topic: - By Dr Sheikh

    Dr Sheikh Muszaphar (kanan) bersama calon finalis menjadi angkasawan pertama negara

    Membuang air kecil di tayar bas sebelum menaiki kapal Soyuz hanyalah tradisi

    MINGGU ini angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor akan menjawab beberapa soalan yang dikemukakan pembaca Berita Minggu kepada beliau sebelum berangkat ke Russia untuk urusan.


    SOALAN: Saya ingin tahu kenapa mesti buang air kecil di tayar kereta sebelum menaiki pesawat Soyuz dan bagaimana keadaan suhu udara di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS)?
    Dpd: Suriyani Tangari @ Sabah


    JAWAPAN:

    Ini adalah tradisi yang dilakukan oleh angkasawan Russia, Yuri Gagarin, apabila beliau membuang air kecil di tayar bas sebelum menaiki kapal Soyuz. Orang Russia amat mementingkan tradisi dan ini berterusan hingga sekarang. Saya melalui setiap tradisi itu untuk menghayati langkah Gagarin sebagai manusia pertama naik ke angkasa lepas pada tahun 1961.

    Suhu di ISS ditetapkan dan dikawal dari kawalan misi (mission control), iaitu antara 22 hingga 26 darjah Celsius. Tidak panas dan tidak terlalu sejuk. Terlalu tinggi akan menyebabkan pertumbuhan bakteria dan terlalu sejuk akan menyukarkan kehidupan seharian krew di ISS.


    SOALAN: Saya ingin tahu bagaimana hendak bernafas menggunakan abdomen?
    Dpd: Amirzul Muhammad Zulkifli


    JAWAPAN:

    Apabila anda menarik nafas dan melihat abdomen anda naik, bermakna pernafasan anda menggunakan abdomen. Lazimnya kita bernafas menggunakan paru-paru yang menyebabkan dada kita berkembang. Apabila melalui tekanan 9G yang menekan dada kita, kita harus menggunakan abdomen untuk bernafas. Ketika pendaratan saya berasa seolah-olah seekor anak gajah memijak dada saya. Pernafasan menggunakan abdomen mampu menyelamatkan nyawa di saat-saat begini.


    SOALAN: Jika seorang wanita ingin menyertai program angkasawan, adakah dia perlu bersaing dengan calon lelaki atau dia hanya perlu bersaing dengan calon wanita saja?
    Dpd: Nurul Nadhirah @ Kelantan


    JAWAPAN:

    Calon lelaki harus bersaing dengan calon wanita untuk menjadi seorang angkasawan. Ingin saya tekankan di sini bahawa untuk menjadi seorang angkasawan, bukan kekuatan fizikal saja menjadi penentuan tetapi lebih daripada itu. Kesihatan tubuh badan, kekuatan fizikal, psikologi dan kekuatan mental memainkan peranan penting.

    Sentiasa bersikap positif, bekerjasama dalam satu kumpulan, sikap kepimpinan yang tinggi, mampu berkomunikasi dengan baik dan bersikap penyayang. Inilah ciri-ciri untuk menjadi seorang angkasawan.

    Saya berharap wanita diberi peluang untuk menjelajah angkasa lepas. Wanita masa kini mampu bersaing dengan lelaki dalam apa juga bidang. Bagi saya kunci kejayaan terletak pada kekuatan mental. Ia adalah penentuan segala-galanya.


    INFO

  • Di Amerika Syarikat dan Eropah, profesional yang mengembara ke angkasa lepas dipanggil astronaut. Dalam bahasa Greek, ástron bermaksud bintang dan nautes bermaksud kelasi. Orang pertama menggunakan istilah astronout ialah Neil R Jones dalam cerita pendek 'The Death's Head Meteor' pada 1930. Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) menggunakan istilah ini untuk angkasawannya yang melepasi sempadan bumi (orbit).

  • Russia menggunakan istilah cosmonaut. Istilah ini berasal daripada cosmos (alam semesta) dan nautes (kelasi). Kedua-dua istilah mempunyai makna sama tetapi digunakan kerana faktor politik. Pada 14 Mac 1995, angkasawan Norman Thagard menjadi rakyat Amerika pertama menaiki kapal angkasa Russia dan digelar cosmonaut Amerika.

  • China menggunakan istilah "yuhangyuan" atau "hangtianyuan" menggantikan perkataan angkasawan. Bagaimanapun, media Barat menggunakan istilah taikonaut untuk angkasawan China.

  • Angkasawan termuda ialah rakyat Russia, Gherman Titov berusia 25 tahun berlepas menggunakan kapal angkasa Vostok 2. Dia juga orang pertama mendapat penyakit di angkasa.

  • Angkasawan tertua ialah John Glenn yang ketika itu berumur 77 tahun, menaiki STS-95 manakala angkasawan yang tinggal paling lama di angkasa lepas iaitu selama 438 hari ialah rakyat Russia, Valery Polykov.

  • Kapal angkasa yang pergi paling jauh ialah Apollo 13, sejauh 401,056 kilometer.

  • Pada Disember 1980, wartawan Sistem Penyiaran Tokyo, Toyohiro Akiyama menjadi orang pertama membayar pengembaraan ke angkasa lepas dengan kos AS$12 juta. Dia digelar 'angkasawan penyelidik'. Malangnya Toyohiro menderita sakit sepanjang berada di angkasa lepas. 
  •  

     

    Sumber: Berita Harian Online/ Berita Minggu


    Posted by site editor at 12:01 AM WST
    Sunday, 17 February 2008
    CORETAN ANGKASAWAN - GELARAN ANGKAWASAN DIIKTIRAF
    Topic: - By Dr Sheikh

    MENJALANI activiti harian bersama-sama ketika berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS)

    Gelaran 'space flight participant' diberikan kepada negara yang bukan ahli ISS

    SEJAK kembali ke bumi, saya mendengar pelbagai kontroversi mengatakan angkasawan Malaysia hanyalah sekadar pelancong . Angkasawan Malaysia tidak diiktiraf sebagai cosmonaut mahupun astronaut. Pihak Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) melabelkan angkasawan Malaysia sebagai 'flight participant'. Ia tersebar luas dalam pelbagai berita termasuk laman web seluruh dunia.

    Saya mendengar berita ini ketika masih lagi berada di Baikonaur, Kazakhstan dan tidak berkesempatan menceritakan hal sebenar memandangkan terlalu fokus pada misi penjelajahan ke angkasa lepas. Saya tidak hairan apabila rakyat Malaysia melenting dan marah apabila kenyataan ini dikeluarkan. Apa tidaknya. Ini membabitkan maruah negara.

    Ada yang mengatakan penghantaran angkasawan Malaysia sebagai suatu pembaziran kerana hanya bergelar pelancong. Mengapa tidak mengiktiraf angkasawan Malaysia sebagai astronaut?

    Ketika saya berlatih di StarCity, Russia selama setahun, saya berkesempatan bergaul dan menjalani latihan bersama astronaut serata dunia. Ingin saya tekankan di sini bahawa astronaut adalah gelaran untuk Nasa, cosmonaut untuk Russia, taikonaut untuk China dan angkasawan untuk Malaysia. Ini adalah gelaran yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

    Tidak pernah sekali angkasawan Malaysia disisihkan. Kami berlatih bersama dalam pelbagai aspek termasuk kelas teori, latihan fizikal serta ketahanan hidup. Kami bagaikan satu keluarga tidak mengira bangsa, agama mahupun negara. Banyak ilmu diperoleh sebagai persiapan untuk menjadi angkasawan yang terbilang. Amat penting untuk membuktikan kepada mereka bahawa angkasawan Malaysia setanding dengan negara maju lain.

    KEPERCAYAAN yang diberikan kepada angkasawan negara membuktikan semangat Malaysia Boleh

    Ketika berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), saya bebas melakukan apa jua yang diingini. Di samping eksperimen yang dijalankan, saya menjalankan pelbagai aktiviti simbolik menggunakan peralatan kamera, perakam video, membaiki peralatan dari Eropah, menjalani ibadat serta bebas bergerak melakukan apa saja yang diingini. Ini menunjukkan kepercayaan yang diberikan mereka terhadap angkasawan Malaysia. Kami bersikap profesional dalam menjalani aktiviti harian demi kebaikan manusia sejagat.

    Ramai yang kurang peka terhadap istilah "space flight participant" yang jauh berbeza dengan gelaran "space tourist" yang diberikan kepada pelancong yang berbelanja berjuta-juta dolar untuk penjelajahan ke angkasa lepas. Setakat ini ada lima astronaut bergelar space tourist termasuk rakan karib saya jutawan Anousheh Ansari dan Charles Simonyi yang hanya memerlukan latihan selama enam bulan di StarCity.

    Seperti diketahui ISS dimiliki negara Russia, Amerika, Kanada, Jepun dan 14 negara Eropah dan gelaran "space flight participant" pula diberikan kepada negara yang bukan ahli kepada ISS termasuk Malaysia. Korea yang akan menghantar angkasawan mereka yang pertama pada Mac ini juga diberi gelaran "space flight participant". Ini tidak bermakna angkasawan Malaysia tidak diiktiraf memandangkan upacara itu sudah berlangsung pada November sebulan selepas pendaratan. Cuma gelaran saja yang membezakan .

    Saya berharap dengan penjelasan ini tidak timbul lagi isu kontroversi mengenai gelaran space flight participant. Bagi saya, yang penting diterima rakyat Malaysia sebagai seorang angkasawan. Malaysia kini berada di era baru. Era sains dan teknologi. Negara seperti China, Korea dan India bersaing bersama negara maju yang lain untuk menguasai angkasa lepas. Kita sudah pasti tidak mahu ketinggalan. Sudah 50 tahun kita merdeka dan pelbagai kemajuan sudah dikecapi. Tetapi pelbagai program harus dilakukan untuk Malaysia untuk terus menuju ke hadapan lebih-lebih lagi dalam bidang aeroangkasa. Sudah terbukti Malaysia mampu menjejak kaki ke ISS setaraf dengan negara maju lain tetapi persoalannya apakah yang berlaku selepas perjalanan bersejarah ini? Saya menggalakkan lebih ramai anak muda membabitkan diri dalam bidang sains dan teknologi supaya Malaysia melahirkan lebih ramai angkasawan, saintis, doktor dan jurutera aeroangkasa supaya Malaysia mampu melahirkan roket Malaysia tersendiri sebelum tahun 2020. Saya yakin ia akan tercapai jika kita bermula dari sekarang. Impian mampu menjadi kenyataan! 

     


     

    SOALAN: Dr terbabit dalam pelbagai bidang termasuk sebagai seorang angkasawan dan doktor ortopedik. Bagaimanakan Dr boleh mengurus semua bidang yang diceburi dengan baik?

    Dpd: Mohd Sani Sarjadi @ Universiti Malaysia Sabah


    JAWAPAN:

    Saya berasa sedih apabila seseorang mengatakan tidak ada masa kerana terlalu sibuk. Bagi saya, ada 24 jam sehari dan amat penting untuk kita membahagikan masa mengikut keutamaan. Saya bekerja sebagai doktor ortopedik, memiliki restoran, melakukan modeling dan kini seorang angkasawan. Namun saya masih mempunyai masa untuk melakukan senaman dan aktiviti lain. Paling penting anda harus pandai membahagikan masa.

     

    Sumber: Berita Harian Online/ Berita Minggu


    Posted by site editor at 12:01 AM WST
    Sunday, 10 February 2008
    CORETAN ANGKASAWAN - BANGGA DIIKTIRAF SEBAGAI COSMONAUT
    Topic: - By Dr Sheikh

    Pengiktirafan Russia penting tangkis kontroversi angkasawan Malaysia hanya seorang pelancong

    MEMANG sudah menjadi tradisi, setiap insan yang menjelajahi angkasa lepas dengan kapal Soyuz akan diiktiraf oleh pihak Russia sebagai cosmonaut. Ia sebagai satu tanda penghormatan dan kebanggaan buat cosmonaut yang dianggap wira negara yang berbakti dan menabur jasa demi kedaulatan negara.

    Apa tidaknya! Krew Russia menetap di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) selama enam bulan meninggalkan keluarga tersayang demi menjalankan pelbagai eksperimen saintifik untuk kebaikan manusia sejagat.

    Saya berasa bangga kerana pihak Russia juga mengaitkan saya dalam upacara pengiktirafan sebagai seorang cosmonaut. Ini penting dalam menangkis pelbagai kontroversi yang mengatakan angkasawan Malaysia hanya seorang pelancong.

    Tarikh 9 November adalah hari yang bersejarah buat Oleg Kotov, Fyeodor Urchikin, Sunita Williams dan saya sendiri. Sunita adalah wanita Amerika dalam ekspedisi 15 yang mencipta dua rekod, wanita yang paling lama berada di ISS selama tujuh bulan dan astronaut pertama berlari Maraton Boston selama 3 jam 48 minit di ISS.

    Upacara pengiktirafan sebagai cosmonaut berlangsung di Star City Russia bermula di tapak Yuri Gagarin. Hari yang bersejarah ini dihadiri oleh semua cosmonaut Russia yang pernah menjelajahi angkasa lepas, termasuk Valentina Tereshkova, wanita pertama ke angkasa lepas pada 1963 dan media antarabangsa.

    Kami diberi bunga carnation yang berwarna merah dan berarak sejauh 200 meter diikuti sekumpulan orkestra yang memainkan lagu kebangsaan negara mereka. Kami berempat diberi makan secebis roti sebagai tradisi kesyukuran sebelum memasuki dewan yang penuh sesak.

    Delegasi Malaysia turut hadir bersama ibu bapa yang dikasihi. Saya berasa begitu terharu dan berbangga apabila lagu Negaraku berkumandang sebagai tanda rakyat Malaysia sudah menjejaki angkasa.

    Saya memberi ucapan dalam tiga bahasa, Russia, Inggeris dan Bahasa Malaysia. Saya diberi pingat dan sijil serta diiktiraf sebagai cosmonaut. Pengiktirafan yang begitu bermakna buat diri ini. Ini bukanlah kejayaan saya seorang, tetapi kejayaan seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kejayaan misi ini.

    Sepanjang berlatih di Russia, saya bekerja keras untuk membuktikan bahawa Malaysia walaupun sebuah negara kecil mampu bersaing dengan cosmonaut bertaraf dunia.

    Saya mempelajari setiap aspek dengan penuh terperinci dan mengambil tanggungjawab seorang angkasawan sebagai sesuatu yang serius. Setiap bulan kami menghadapi peperiksaan untuk menilai prestasi. Saya pastikan menjawab dan mendapat keputusan yang cemerlang.

    Ramai astronaut dari Amerika Syarikat dan Eropah serta Jepun membimbing saya ke arah itu. Saya tidak pernah berasa malu untuk bertanyakan sesuatu. Sikap bekerjasama amat penting dalam diri angkasawan.

    Inilah yang saya ingin terapkan dalam diri anda. Saya hanya seorang doktor perubatan. Tidak ada perbezaan. Hanya kekuatan mental dan sikap yakin kepada diri sendiri yang boleh membawa anda ke arah kejayaan.

    Jika saya boleh melakukannya, anda lagi boleh. Impian sudah menjadi kenyataan. Impian anda juga mampu menjadi kenyataan. Bermulalah dari sekarang. Saya galakkan anda bertanya apa juga kemusykilan dengan menghubungi Berita Minggu. Insya-Allah saya akan cuba menjawab setiap soalan dengan terperinci.

     


     

    SOALAN: Saya ingin tahu lebih lanjut mengenai Soyuz serta pengalaman Dr ketika menjalani latihan di Russia dan eksperimen yang dijalankan ketika berada di ISS?

    Dpd: Ahmad Mujahid Mazlan @ Terengganu


    JAWAPAN:

    Struktur Soyuz dicipta untuk kegunaan sekali saja setiap enam bulan. Ia agak kompleks, tetapi lebih selamat berbanding kapal ulang alik Amerika Syarikat walaupun ia memerlukan latihan yang lebih intensif. Krew harus menjalani pelbagai latihan sebelum dibenarkan menaiki Soyuz kerana pelancaran dan pendaratan adalah lebih mencabar.

    Latihan di Russia membabitkan kekuatan fizikal seperti larian, berenang, gimnasium, ikhtiar hidup musim sejuk dan laut. Kebuk udara (aerochamber), emparan (centrifuge) dan kerusi pintal (spinning chair) juga memainkan peranan penting. Kekuatan mental dan psikologi diutamakan di Russia.

    Pemeriksaan kesihatan terperinci dilakukan setiap tiga bulan. Eksperimen yang dilakukan seperti kanser, bakteria dan penghabluran protein diusahakan bersama saintis tempatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan beberapa eksperimen lain bersama Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) dan Agensi Eksplorasi Angkasa Lepas Jepun (JAXA)
    .

     

    Sumber: Berita Harian Online/ Berita Minggu


    Posted by site editor at 12:01 AM WST
    Monday, 4 February 2008
    ANGKASAWAN NEGARA SETUJU SARANAN KUASAI BAHASA INGGERIS
    Topic: - '08 Visits (Local)

    KUALA TERENGGANU: Langkah Kementerian Pelajaran memperkayakan penguasaan Bahasa Inggeris (BI), mata pelajaran Sains dan Matematik adalah langkah bijak bagi mendidik masyarakat termasuk pelajar untuk pergi lebih jauh dalam bidang berkenaan, kata Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha.

    Beliau berkata, ketika ini kebanyakan rujukan membabitkan sains dan teknologi ditulis dalam BI dan bagi memastikan pelajar dapat menguasai Sains dengan baik mereka terlebih dulu perlu menguasai bahasa antarabangsa itu.

    Dr Sheikh Muszaphar berkata, masyarakat terutama ibu bapa tidak sepatutnya memandang serong saranan kerajaan menguatkuasakan pengajaran Sains dan Matematik dalam BI.

    "Dengan memperkasakan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik dan teknologi, hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai saintis akan terlaksana.

    "Sebelum menjadi angkasawan, saya mengambil masa lebih 25 tahun untuk mempelajari BI kerana ketika itu bahasa pengantar bagi Sains dan Matematik di sekolah adalah bahasa Melayu.

    "Justeru, masyarakat terutama ibu bapa perlu mengubah minda serta menyokong penuh usaha kerajaan menggunakan BI dalam mata pelajaran Sains dan Matematik," katanya ketika ditemui pada majlis mesra bersama angkasawan dan mengadakan dailog dengan pengunjung sempena program Perkampungan Hadhari di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, di sini, semalam.

    Pada majlis itu, pelbagai soalan dikemukakan pengunjung terutama pelajar berkaitan dengan pengalaman ketika Dr Sheikh Muszaphar berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

    Lebih 3,500 pengunjung termasuk pelajar daripada beberapa institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) membanjiri ruang pameran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) mulai jam 9 pagi walaupun Dr Sheikh Muszaphar dijadualkan muncul jam 11 pagi.

    Program Perkampungan Hadhari kali keempat dianjurkan bersama kerajaan negeri, TV9, Mosti dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berlangsung selama sembilan hari mulai semalam.

     

    Sumber: Berita Harian Online


    Posted by site editor at 1:37 PM WST
    Sunday, 3 February 2008
    CORETAN ANGKASAWAN - PELUANG SEUMUR HIDUP SEKALI
    Topic: - By Dr Sheikh

    DR SHEIKH Muszaphar (kiri), diberi penghormatan memakai pakaian tradisi Kazakhstan selepas selamat mendarat

    Russia kaya dengan tradisi yang diikuti dengan penuh semangat, ketekunan

    SAYA kembali mendarat di Kazakhstan pada 21 Oktober 2007. Suatu penjelajahan yang sungguh menakjubkan. Sungguh memuaskan. Setiap detik dicatatkan dalam memori ini. Peluang sebegini datang hanya sekali seumur hidup.

    Selepas setahun berlatih di StarCity , akhirnya impian menjadi kenyataan. Seolah-olah baru semalam bermulanya perjuangan. Masa berlalu begitu pantas. Udara bumi yang segar membawa saya kembali ke alam realiti. Kami bertiga [termasuk Fyeodor Urchikin dan Oleg Kotov yang menamatkan tempoh enam bulan di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS)] menanti selama dua jam sebelum kumpulan penyelamat tiba.

    Penduduk tempatan Kazakhstan mula mengerumuni kawasan pendaratan Soyuz termasuk kanak-kanak kecil. Saya diberi sebiji epal sebagai alas perut dan sekeping sejadah dari penduduk yang rata-ratanya beragama Islam. Mereka begitu berbangga dengan kejayaan Islam menjelajahi angkasa lepas.

    Kami dipapah dan dibawa ke bandar kecil Kostanai menggunakan helikopter. Kami dikalungkan bunga dan diberikan jubah pakaian tradisi Kazakhstan. Memang menjadi tradisi setiap pendaratan krew akan singgah di bandar kecil ini sebagai tanda penghormatan sebelum berangkat kembali ke StarCity, Russia. Yuri Gagarin, orang yang pertama ke angkasa juga melalui proses sebegini. Russia memang kaya dengan tradisi.

    Setiap tradisi diikuti dengan penuh semangat dan ketekunan seperti melawat Kremlin sebagai tanda penghormatan, menanam pokok di Baikonaur, adat mencukur rambut dan membuang air kecil di tayar bas sebelum memasuki Soyuz . Saya cuba lakukan setiap tradisi itu untuk menghayati setiap perjalanan Yuri Gagarin menuju ke angkasa lepas.

     

    Selepas tiga jam, kami akhirnya bertolak ke Lapangan Terbang Yuri Gagarin berhampiran StarCity dan disambut oleh media, sahabat handai dan ahli keluarga. Saya berasa gembira kerana dapat berjumpa ibu bapa tersayang yang sentiasa bimbang dalam misi saya ke angkasa lepas.

    Kami dikuarantin selama dua minggu di StarCity untuk memastikan keadaan kesihatan kami memuaskan. Setiap hari pelbagai pemeriksaan dijalankan pakar perubatan termasuk pemeriksaan darah, tulang, fisioterapi dan kesihatan mental.

    Badan masih terlalu lemah untuk berjalan dan keseimbangan badan masih belum lagi dapat dikawal. Segala-galanya seperti suatu mimpi yang indah. Seolah-olah berada di alam dimensi yang baru.

    Kuarantin terpaksa dipendekkan apabila mengetahui adik saya Sheikh Mustapha berada dalam keadaan kritikal. Sesuatu yang di luar jangkaan. Bagi saya ini adalah ujian Allah. Pihak Russia memberi keizinan untuk pulang dalam masa terdekat selepas mendapati kesihatan saya pada tahap memuaskan.

    Saya diberi lampu hijau untuk pulang oleh pakar perubatan Russia. Segala persiapan dibuat untuk kembali melihat adik tersayang namun tidak kesampaian. Adik kembali ke rahmatullah dan dikebumikan tiga jam sebelum saya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

    Saya sungguh terkilan kerana tidak dapat melihat jenazah adik tersayang sebelum dikebumikan. Perasaan hiba menyelubungi diri ini. Saya sedar ini adalah ujian Allah. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Inilah ketetapan sejak azali lagi. Saya terima dengan hati terbuka.

    Saya harus meneruskan perjuangan untuk negara tercinta. Saya harus pandang ke hadapan dan buat yang terbaik demi kegemilangan negara. Saya sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab negara. Inilah janjiku untuk mencapai negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Insya-Allah.

    Wassalam
    Angkasawan Negara

     

    Sumber: Berita Harian Online/ Berita Minggu


    Posted by site editor at 12:01 AM WST
    Tuesday, 29 January 2008
    FAULTY CABLE CAUSED ROUGH RETURN
    Topic: - P5 - Undock/Return

    A glitch that subjected two Russian cosmonauts and Malaysia's first space traveller to a rough trip back to Earth was caused by a faulty cable, according to a news agency report citing the head of a spacecraft manufacturer.

    RIA-Novosti reported that an inquiry revealed that the incident in October had been caused by a damaged control cable. The news agency quoted Vitaly Lopota, the director of the state RKK Energiya company, which is Russia's top spacecraft manufacturer.

    The Soyuz landing capsule carrying Russians cosmonauts Fyodor Yurchikhin and Oleg Kotov, and Sheikh Muszaphar Shukor, of Malaysia, went down on a steeper-than-usual descent trajectory, the so-called ballistic descent. It subjected the crew to 8.5 times the force of gravity instead of the usual four times the force of gravity.

    "It felt like an elephant pressing on my chest, but the Russians trained us very well" to handle a rough descent, Sheikh Muszaphar said shortly after the landing on October 21.

    Medical tests showed the three cosmonauts were not injured during the descent, but it took them slightly longer than usual to adapt to Earth conditions.

    Lopota said that RKK Energiya has taken steps to prevent such incidents in the future. 

     

    Source: The Press Association


    Posted by site editor at 12:01 AM WST
    SPACE OFFICIALS: FAULTY CABLE CAUSED LAST OCTOBER'S ROUGH SOYUZ LANDING
    Topic: - P5 - Undock/Return

    MOSCOW: A faulty control cable caused last October's rough landing by a Soyuz space capsule.

    The glitch subjected two Russian cosmonauts and Malaysia's first space traveller to much higher than normal G-forces on their return to Earth from the International Space Station.

    RIA-Novosti new agency quotes a top official of the RKK Energiya company, Russia's top spacecraft manufacturer, as saying steps have since been taken to correct the problem.

    Because of the glitch, cosmonauts, Fyodor Yurchikhin and Oleg Kotov of Russia, and Malaysian Sheikh Muszaphar Shukor, returned to Earth on a steeper-than-usual descent trajectory.

    That subjected them to 8.5 times the force of gravity instead of the usual four times.

    Sheikh Muszaphar later described the sensation as feeling like an elephant was pressing on his chest.

    Medical tests showed the three cosmonauts were not injured during the descent, but it took them slightly longer than usual to adapt to Earth conditions.

     

    Source: Canadian Press Online


    Posted by site editor at 12:01 AM WST
    Sunday, 27 January 2008
    CORETAN ANGKASAWAN - PENDARATAN CEMAS TERSASAR 350 KILOMETER
    Topic: - By Dr Sheikh

    KAPAL Soyuz selepas membuat pendaratan cemas

    Kami berpusing-pusing dan melambung-lambung di dalam kapal Soyuz

    PADA 21 Oktober 2007 hari terakhir saya berada di angkasa lepas. Tidak sangka masa berlalu begitu pantas. Segala eksperimen saintifik sudah selesai. Hati ini berasa begitu berat untuk kembali ke bumi. Banyak memori manis yang tidak akan dilupakan.

    Setiap detik ketika saya berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dicatatkan di dalam buku nota kecil supaya dapat berkongsi bersama seluruh rakyat Malaysia. Semua hasil eksperimen termasuk bahan simbolik seperti Jalur Gemilang, Rukunegara dimasukkan ke dalam Soyuz yang akan membawa kami pulang. Krew Yuri Malanchenko dan Peggy Whitson akan meneruskan cabaran berada di ISS selama enam bulan manakala saya pulang bersama Fyeodor Urchikin dan Oleg Kotov yang menamatkan tempoh enam bulan di ISS.

    WAJAH gembira seorang angkasawan selepas berjaya membawa misi negara di angkasa lepas

    Perasaan sedih menyelimuti diri. Namun saya tidak pasti mengapa. Mungkin kerana ini adalah impian saya sejak berumur 10 tahun lagi. Mungkin kerana saya berasa sungguh tenang dapat merasai kebesaran Allah sepanjang berada di angkasa.

    Sedang saya bersiap sedia membuat persiapan terakhir, kedengaran suara azan. Ia seolah-olah datang dari dalam ISS. Saya melihat sekeliling pada krew yang lain tetapi mereka sibuk dengan tugas masing-masing. Saya dapat mendengar dengan jelas suara azan itu. Sungguh merdu lagi menyayat hati. Saya sedar ini adalah kebesaran Allah. Saya sedar misi saya di angkasa sudah berakhir dan kini tiba masanya untuk saya kembali ke bumi dan menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang angkasawan. Misi saya di ISS sudah selesai.

    Kami memasuki kapal Soyuz yang sempit lagi kecil dengan pakaian angkasa lepas. Pakaian ini akan melindungi krew ketika memasuki lapisan atmosfera bumi dengan ketinggian suhu 8000 darjah Celsius dan sekiranya bekalan oksigen terputus. Ia mengambil masa 3 jam untuk Soyuz berpisah dari ISS dan mengelilingi orbit sebelum memasuki lapisan atmosfera. Segalanya mengikut perkiraan.

    Tiba-tiba kami melihat tanda kecemasan terpancar pada monitor kapal Soyuz. Ini bermaksud kami akan melalui "ballistic re-entry" atau pendaratan kecemasan. Segala-galanya berlaku dengan begitu pantas. Kami berpusing-pusing dan melambung-lambung di dalam kapal Soyuz.

    Kami mula merasakan tekanan graviti menekan dada. Dari 2G ia meningkat kepada 9G. Bermakna 9 kali berat badan menghempap dada. Ini membuatkan kami sukar untuk bernafas tetapi kami sudah dilatih untuk bernafas menggunakan abdomen. Pemikiran saya ketika itu hanya kepada eksperimen saintifik yang berada di dalam Soyuz. Saya berdoa supaya eksperimen itu tidak terjejas apabila melalui goncangan yang begitu kuat.

    Saintis tempatan sudah bekerja keras untuk menghasilkan eksperimen berkenaan dan ia adalah keutamaan saya ketika itu. Tiga buah payung terjun dilepaskan untuk memperlahankan impak pendaratan pada ketinggian 11.5 kilometer. Saya dapat melihat kepulan api membara melalui tingkap Soyuz. Ketika itu komunikasi sudahpun terputus. Pada ketinggian 1.5 km thrusters dilepaskan di bawah permukaan Soyuz untuk mengurangkan lagi impak pendaratan. Saya masih berasakan hentakan yang begitu kuat apabila soyuz mencecah bumi. Akhirnya kami mendarat selepas melalui pendaratan yang mencemaskan selama 15 minit. Masing-masing masih terikat pada tempat duduk.

    DR SHEIKH Muszaphar terus menghubungi ayahnya menggunakan telefon kecemasan sebaik Soyuz selamat mendarat

    Bara api dan kepulan asap mula memasuki Soyuz melalui ventilasi yang terbuka secara automatik. Mujur baju angkasa membantu kami bernafas melalui oksigen yang dibekalkan. Komander Soyuz bertindak pantas menutup ventilasi dan memastikan keadaan kami selamat. Kami tidak mampu bergerak memandangkan badan berasa begitu berat. Kami cuma mampu menunggu sehingga kumpulan penyelamat tiba.

    Kami terpaksa menunggu 40 minit sebelum pintu dibuka. Memandangkan tempat yang begitu sempit kami dibawa keluar dan di papah mengikut giliran. Badan kami terlalu lemah untuk berjalan dengan sendiri. Keadaan mikrograviti di angkasa membuatkan otot menjadi kecil dan tulang menjadi rapuh. Ini adalah kesan mikrograviti terhadap angkasawan yang berada di angkasa. Kami didukung dan diletakkan di atas padang gurun Kazakhstan yang terbentang luas.

    Saya sedar kami terbabas sejauh 350 km dari sasaran. Saya diberi makan epal sambil menghirup udara bumi yang segar. Sambil menanti pakar perubatan dan kumpulan penyelamat yang lain, saya menelefon ayah saya menggunakan telefon kecemasan yang berada di dalam kapal Soyuz. Saya bersyukur kerana selamat kembali ke bumi dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan misi ini berjaya.

    Ini adalah kejayaan kami bersama! Kejayaan Malaysia! Kejayaan negara tercinta!

     

    Sumber: Berita Harian Online/ Berita Minggu


    Posted by site editor at 12:01 AM WST
    Saturday, 26 January 2008
    DR SHEIKH MUSZAPHAR IS NEW IDOL FOR YOUTHS
    Topic: - '08 Visits (Local)

    KOTA BHARU: National astronaut Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha has become a new idol for youths, especially among school students and those in institutions of higher learning.

    He was here today to give a special talk on his 12-day experience at the International Space Station to more than 2,000 students from various public and private institutions in Kelantan, including community colleges and a teacher's training college, who were at the venue since 7am to meet the country's first spaceman.

    When he arrived at a hotel here at about 9am, he was accorded a celebrity welcome with escorts and guards shielding him from the eager crowd who had gathered at the premises.

    Higher Education Minister Datuk Mustapa Mohamed, in his new year message to the students, in jest said Dr Sheikh Muszaphar had become a stiff competitor to singers like Mawi and Datuk Siti Nurhaliza.

    During the question and answer session, many of the students said they were awed by Dr Sheikh Muszaphar's determination in pursuing his childhood dreams of becoming an astronaut.

    They were also a few who forwarded the orthopaedic surgeon with the million dollar question on when he would end his bachelorhood.

    Dr Sheikh Muszaphar's answer to the question was that he planned to marry next year after his contract with the Science, Technology and Innovation Ministry ended.

    He will be in Kelantan for two days as part of his nationwide tour to share his experiences in space with the young and to instil interest among them for aero-space studies
    .

     

    Source: Bernama.com


    Posted by site editor at 12:01 AM WST
    Friday, 25 January 2008
    AMATEUR RADIO AMBASSADOR
    Topic: - Accolades

    KUALA LUMPUR: The Malaysian Amateur Radio Transmitters' Society (MARTS) appointed Dr Sheikh Muszaphar Shukor as the Amateur Radio Ambassador for MARTS.

     

    Source: MARTS News @ Blogspot.com


    Posted by site editor at 12:01 AM WST
    Sunday, 20 January 2008
    BERSATU DEMI KEJAYAAN NEGARA - ANGKASAWAN NEGARA
    Topic: - Var. Formal Appear'ce

    PUTRAJAYA: Angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha mahu mahasiswa negara ini mengekalkan perpaduan di kalangan mereka kerana ia menjadi penentu kejayaan masa depan Malaysia.

    Menurutnya, semangat perpaduan sangat penting dalam mencapai misi antarabangsa agar Malaysia setanding dengan negara luar.

    "Sebagai contoh, walaupun Rusia dan Amerika Syarikat merupakan seteru tetapi ketika di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), tidak ada perselisihan di antara angkasawan negara-negara itu malah mereka memiliki persefahaman yang kuat."

    "Dalam hubungan ini, ada ciri-ciri kekuatan luar biasa kerana ada satu cantuman fikiran walaupun berlainan negara, adat dan bangsa. Ini perlu dicontohi oleh rakyat negara ini terutama mahasiswa," katanya.

    Penuntut

    Sheikh Muszaphar berkata demikian pada forum perpaduan yang diadakan sempena pelancaran Gegar U! Warna-warna Malaysiaku - Suatu Lambang Perpaduan di sini hari ini.

    Antara ahli panel program itu ialah pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Rajendran Ngapan dan Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia, Dr. Lee Swee Tin.

    Program Gegar U! Warna-warna Malaysiaku - Suatu Lambang Perpaduan dianjurkan oleh Yayasan Budi Penyayang (Penyayang) melibatkan penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta dari seluruh negara.

    Seramai 4,794 penuntut termasuk dari politeknik dan kolej komuniti menyertai acara yang dilancar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu.

    Menurut Sheikh Muszaphar, misi beliau ke ISS untuk mengubah dan membakar semangat masyarakat Malaysia supaya dapat mendalami ilmu sains dan teknologi.

     

    Source: Utusan Online


    Posted by site editor at 12:01 AM WST
    CORETAN ANGKASAWAN - IKAT KAKI KETIKA SOLAT
    Topic: - By Dr Sheikh

    SHEIKH MUSZAPHAR membaca al-Quran ketika lapang

    Panduan beribadat di angkasa hasil persidangan tokoh Islam seluruh dunia

    PENGHANTARAN angkasawan Malaysia ke angkasa lepas pada Ramadan, 10 Oktober 2007, menarik minat dunia, terutama negara Islam yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam cara beribadah di angkasa lepas.

    Memandangkan saya adalah angkasawan Islam pertama menjelajah angkasa lepas pada Ramadan dan menyambut Aidilfitri raya di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), ramai yang bertanya cara menunaikan solat dan berpuasa memandangkan topik ini tidak pernah dibincang secara terperinci sebelum ini.

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) buat pertama kali menghasilkan sebuah buku kecil garis panduan 'Pelaksanaan Ibadah di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa' selepas membuat kajian terperinci, termasuk mengadakan pelbagai persidangan bersama mufti dan tokoh agama seluruh dunia dengan harapan akan menjadi panduan kepada angkasawan Islam lain selepas ini.

    Beribadah di angkasa lepas tidak pernah diberi perhatian serius sebelum ini walaupun saya adalah umat Islam kesembilan menjelajah angkasa lepas. Mungkin kerana misi yang diutamakan adalah terhadap eksperimen saintifik yang bakal dijalankan.

    Saya sempat berpuasa selama dua hari dalam Soyuz sebelum tiba di ISS. Ia adalah pengalaman yang begitu menakjubkan. Walaupun sukar untuk bergerak kerana Soyuz kecil dan sempit, tidak pernah sekali berasa dahaga mahupun lapar.

    Memandangkan matahari terbit dan terbenam setiap 45 minit, berdasarkan panduan yang ditetapkan saya masih berpuasa mengikut waktu tempat Soyuz dilancarkan, iaitu di Kazakhstan. Saya berbuka puasa berbekalkan jus, biskut dan roti sambil memerhatikan keindahan bumi melalui tingkap kecil. Ketika ini, saya berasa seperti mencapai infiniti dalam kehidupan.

    Bertahun-tahun saya mengembara hingga ke Afghanistan dan Cambodia, seolah-olah mencari sesuatu untuk mengisi kekosongan dalam jiwa raga ini. Saya berasa kekosongan itu berjaya diisi sepanjang misi di angkasa lepas.

    Aidilfitri di ISS disambut dengan penuh kesederhanaan. Saya mengadakan rumah terbuka dengan semua krew berkongsi bersama juadah yang dibawa dari Malaysia seperti rendang Tok, sate dan briyani. Kuih Bangkit juga menghidupkan suasana Aidilfitri.

    Cuma lagu takbir Aidilfitri tidak berkumandang. Ketika itu, saya banyak bercerita mengenai keunikan Malaysia kepada krew lain yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai negara tercinta.

    Saya tidak menghadapi masalah menunaikan solat di ISS. Kalau diikutkan, saya perlu melakukan solat sebanyak 80 kali sehari kerana ISS dengan kelajuan 27,000 kilometer sejam mengelilingi bumi sebanyak 16 kali sehari.

    Bagaimanapun, Jakim menetapkan bahawa solat dilakukan lima kali sehari mengikut waktu Kazakhstan dengan arah kiblat adalah mengikut hala bumi sudah memadai.

    Oleh kerana bekalan air begitu berharga, saya dibenarkan bertayammum dengan cara menepuk dinding sebanyak dua kali sebelum menyapu pada muka dan kedua-dua belah tangan.

    RENDANG terapung ketika Sheikh Muszaphar menikmati juadah Aidilfitri di ISS

    Ketika melakukan solat, saya terpaksa mengikat pergelangan kaki supaya tidak terapung dalam keadaan mikrograviti. Saya juga berkesempatan membawa dua buah al-Quran ke ISS dan membacanya ketika kelapangan.

    Sebuah al-Quran saya berikan kepada ibu kesayangan sebagai tanda kasih sayang dan sebuah lagi diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai tanda penghargaan kepada pemimpin negara.

    Secara keseluruhan, saya tidak menghadapi masalah menjalani ibadah di angkasa lepas dan setiap aktiviti didokumentasi supaya dapat berkongsi bersama umat Islam seluruh dunia. ISS tidak mengira bangsa, agama mahupun negara.

    Setiap krew bekerjasama bagai satu keluarga yang mempunyai satu matlamat. Matlamat ketika menjalankan eksperimen saintifik adalah demi kebaikan manusia sejagat. Hormat menghormati dan sikap bekerjasama adalah ciri yang penting dalam kehidupan seorang angkasawan.

    Bagi diri saya, 'Islam is a way of life'. Amat penting untuk diri saya membuktikan kepada seluruh umat Islam bahawa tanggungjawab harus dilaksanakan tidak mengira tempat mahupun masa, di bumi mahupun angkasa lepas.

    Harapan saya agar dapat mengembalikan keagungan Islam dalam bidang astronomi dan angkasa lepas. Ini adalah tanggungjawab bersama.

     


    FAKTA

    Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS)

  • ISS adalah kemudahan penyelidikan yang dipasang di angkasa lepas pada 1998.
  • Terletak pada ketinggian antara 350 hingga 460 kilometer (km) di atas permukaan bumi.
  • Bergerak pada kelajuan purata 27,700 km sejam dan melengkapkan sebanyak 15.77 pusingan orbit sehari.
  • ISS adalah projek usaha sama membabitkan agensi angkasa lepas Amerika Syarikat, Russia, Jepun, Kanada dan beberapa negara Eropah.
  • Projek ISS diumumkan pada 1993 dan dikenali sebagai Stesen Angkasa Lepas Alpha.
  • Bilangan angkasawan yang kini berada di ISS ialah tiga orang.
  • Sumber kuasa elektrik di ISS ialah matahari yang ditukar menggunakan panel solar.
  • Kos ISS sejak dimulakan pada 1980-an hingga 2010 dianggarkan RM428 bilion.
  •  

    Sumber: Berita Harian Online/ Berita Minggu


    Posted by site editor at 12:01 AM WST
    Sunday, 13 January 2008
    CORETAN ANGKASAWAN - ANGKASA UBAH PERSEPSI HIDUP
    Topic: - By Dr Sheikh

    Detik paling indah ketika berada di ISS adalah apabila melihat bumi ciptaan Allah

    TAHUN 2008, bermulanya nafas baru bukan saja untuk diri saya, tetapi membabitkan segenap lapisan masyarakat Malaysia. Apa tidaknya. Malaysia kini sudah boleh mendongak tinggi dan mendabik dada kerana negara kita berjaya menghantar seorang angkasawan ke angkasa lepas.

    Tahun ini akan membuka lembaran baru untuk kita semua, untuk membuat yang terbaik bagi menempatkan Malaysia di persada antarabangsa, lebih-lebih lagi dalam bidang sains dan teknologi terutama aeroangkasa.

    Tahun ini juga bermula penjelajahan saya ke setiap pelusuk negara dengan harapan dapat menyuntik inspirasi serta membakar semangat, terutama kepada seluruh lima juta pelajar Malaysia. Pada 5 Januari lalu, saya bertapak di Universiti Sains Malaysia USM dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau untuk berkongsi pengalaman ketika berada di ISS (Stesen Angkasa Lepas Antarabngsa). Sambutannya sungguh menggalakkan.

    Walaupun hari Sabtu, ramai pelajar menghadirkan diri untuk mengetahui dengan lebih mendalam cara kehidupan di ISS. Bagi saya, ini menunjukkan satu petanda yang positif dan membuktikan impak Program Angkasawan tersebar dengan begitu luas bukan saja di kalangan kanak-kanak dan pelajar, tetapi setiap lapisan termasuk ibu bapa dan golongan dewasa.

    Sebelum berangkat ke angkasa lepas, saya berjanji untuk menghadirkan diri ke setiap pelusuk negeri mahu pun kawasan pedalaman. Ini adalah janji saya untuk Malaysia. Misi menukar minda rakyat adalah jauh lebih sukar dan mencabar, berbanding misi selama 10 hari di ISS. Bagaimanapun, saya yakin lambat laun ia akan tercapai juga.

    Selain menjalankan eksperimen bersama saintis tempatan (eksperimen kanser sel, bakteria dan penghabluran protein) Agensi Angkasa Lepas Eropah atau ESA (eksperimen persepsi pergerakan, kajian tulang dan perubahan vestibular), Agensi Angkasa Lepas Jepun atau JAXA (kesan radioaktif), amat penting bagi saya menjalankan pelbagai simbolik aktiviti dan memperkenalkan budaya Malaysia ke peringkat antarabangsa.

    Saya berasa begitu bangga apabila dapat mengibarkan Jalur Gemilang dan membaca Rukun Negara di angkasa lepas. Ini penting memandangkan seluruh dunia memerhati setiap pergerakan dan aktiviti ketika berada di ISS.

    Krew seperti Yuri Malanchenko dan Peggy Whitson, begitu tertarik dengan baju batik yang dibawa bersama dan saya berjanji akan menghadiahkan mereka sepasang baju batik apabila mereka kembali pada bulan Mac nanti.

    Menyambut Aidilfitri di ISS adalah suatu pengalaman yang begitu menyeronokkan. Saya mengadakan `open house’ (rumah terbuka) di ISS dengan menghidangkan juadah seperti rendang tok, sate dan beriani ayam serta kuih bangkit.

    Ia lebih istimewa apabila saya memainkan lagu berirama Malaysia seperti Malam Bulan di Pagar Bintang oleh P Ramlee, Seribu Bintang oleh Alleycats dan Balik Kampung oleh Sudirman. Selama satu jam, kami bersama-sama menikmati juadah. Saya tidak berhenti-henti diajukan pelbagai soalan mengenai keunikan Malaysia.

    Detik paling indah ketika berada di ISS adalah apabila melihat bumi ciptaan Allah. Ia adalah sesuatu yang begitu menakjubkan. Saya sungguh takjub dapat melihat keindahan dan kebesaran Allah. Perasaan ini berlaku setiap kali saya melihat bumi melalui tingkap kecil ISS.

    Pada setiap detik, jantung saya seolah-olah berhenti berdegup. Mata saya langsung tidak berkelip. Lautan biru, gunung-ganang, kepulan awan, semuanya dapat dilihat dengan jelas memandangkan ISS hanya terletak 400 kilometer dari bumi.

    Penjelajahan di angkasa lepas mengubah persepsi saya mengenai erti kehidupan. Saya kini lebih sensitif kepada isu global seperti pencemaran, peperangan dan penderitaan serta kesengsaraan, terutama yang membabitkan wanita dan kanak-kanak. Mungkin kerana selepas melihat bumi ini begitu kecil diselubungi berjuta-juta galaksi memberikan kesedaran yang begitu mendalam dalam diri saya.

    Saya berharap setiap manusia menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi menjadikan bumi ini selamat untuk generasi akan datang.

    Dalam artikel akan datang, saya akan berkongsi pengalaman mengenai cara beribadah di angkasa lepas memandangkan Malaysia adalah negara pertama menghasilkan garis panduan itu. Semoga pengalaman sebagai angkasawan dapat menjadi pemangkin dan melahirkan lebih ramai doktor, saintis dan jurutera angkasa lepas pada masa akan datang. Tahun 2008 sudah pasti menjadi milik Malaysia. Milik kita bersama!

    Wassalam

     

    Source: Berita Harian Online/ Berita Minggu


    Posted by site editor at 12:01 AM WST
    Friday, 11 January 2008
    MAAL HIJRAH CELEBRATIONS - ASTRONAUT GETS AWARD
    Topic: - Accolades

    Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha surrounded by fans and well-wishers after being chosen as the Tokoh Maal Hijrah 1429 for Negeri Sembilan at a ceremony in Seremban yesterday.
    SEREMBAN: Malaysia's first astronaut, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, was chosen as the Tokoh Maal Hijrah 1429 for Negri Sembilan.

    He received the award from the Yang di-Pertuan Besar Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman at the state level Maal Hijrah celebration yesterday.

    "I feel honoured that the state government has decided to give me the award. I would like to express my gratitude to the state government for the honour," said Dr Sheikh Muszaphar who received a RM5,000 prize, a certificate and an Umrah package.

    Also present at the ceremony were the Tuanku Ampuan Negri Sembilan Tuanku Najihah and Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

    Dr Sheikh Muszaphar said he would continue with his efforts to meet the nation's youths in order to inspire them to be interested in science and astronomy.

    "The space programme showed that we can compete in the global platform. In the meetings that I have had with our youth, a lot of them have voiced their interest to be involved in science and technology."

    His parents, Datuk Sheikh Mustapha Abdul Shukor and Datin Zuraida Sheikh Ahmad, were also present at the event.

    The state government also presented a special award to Universiti Kebangsaan Malaysia physics professor, Dr Roslan Abd Shukor.

    He received a RM5,000 prize and a robe.

    Roslan is a Fellow of London's Institute of Physics since 2004 and a Fellow of the Malaysian Science Academy since last year.

    He also sits on the advisory board of the Superconductor Science and Technology, a journal published by the Institute of Physics.

     

    Source: The New Straits Times Online


    Posted by site editor at 12:01 AM WST
    Thursday, 10 January 2008
    ASTRONAUT, MOTIVATIONAL EXPERT AMONG TOKOH MAAL HIJRAH RECIPIENTS
    Topic: - Accolades

    SEREMBAN: Malaysia's first astronaut, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha was today named the "Tokoh Maal Hijrah" for Negeri Sembilan.

    Dr Sheikh Muszaphar Shukor, 35, the orthopaedic surgeon who travelled to the International Space Station onboard Soyuz TMA-II spacecraft in October, said that the success and the award would go a long way in instilling self-confidence among the people.

    "If I can achieve my dream, others too can achieve theirs," he said after receiving the award from the Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman at the state-level Maal Hijrah celebrations here.

    Also present were the Tuanku Ampuan of Negeri Sembilan Tuanku Ampuan Najihah Tunku Besar Burhanuddin and Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

    Dr Sheikh Muszaphar Shukor, who was touched by the award, said it would inspire him in his nationwide tour to motivate the young to take up science and mathematics.

    Commenting on the award for the spaceman, Mohamad said that Dr Sheikh Muszaphar Shukor was not only the pride of the nation, but also of the Muslim communities around the world.

    "His success sets the best example for our young generation to emulate," he said.

    Dr Sheikh Muszaphar Shukor is the second "Tokoh Maal Hijrah" recipient for Negeri Sembilan who is not from those with religious background, after corporate figure Tan Sri S.M. Nasimuddin S.M. Amin, the Naza group chairman, two years ago.

    Meanwhile motivational expert Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, 57, who was named the Selangor Tokoh Maal Hijrah in recognition of his contributions towards family and human capital development, said he was touched by the award.

    "This award comes with a heavy responsibility because the expectation from the public will be higher and they will now be looking a lot more closely at the way we speak and act," he said.

    Tengku Indera Setia Tengku Datuk Seri Ahmad Shah, representing his elder brother, the Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, presented the award to Dr Mohd Fadzilah at the Selangor Maal Hijrah celebrations at Masjid Jamiul Ihsani, in Sijangkang, near Kuala Langat.

    Dr Mohd Fadzilah, who was born in Kampung Sungai Pinang, Klang, began his career as a lecturer at the University Putra Malaysia in 1977.

    In 1993, he set up a firm to provide motivational and family development consultancy.

    He has so far produced 27 video compact discs containing motivational talks, 28 books, 29 articles related to motivational and family development, and conducted over 6,000 courses to government agencies, private companies, non-governmental organisations as well as students
    .

     

    Source: Bernama.com

    Site Editor's Note: This article also appeared in the Sabah Daily Express Online, January 11, 2008 under the title 'Astronaut is Negeri Recipient'


    Posted by site editor at 12:01 AM WST
    Monday, 7 January 2008
    ANGKASAWAN NEGARA TERBIT BUKU PENGALAMAN DI ISS
    Topic: - '08 Visits (Local)

    IKON NEGARA: Dr Sheikh Muszaphar bersalaman dengan pelajar yang menghadiri majlis Detik Manis Bersama Angkasawan, di USM, Georgetown, semalam.

    GEORGETOWN: Angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, akan menerbitkan dua buku mengandungi catatan, pengalaman dan kehidupan sebagai angkasawan negara, masing-masing pada Februari dan Julai ini.

    Beliau berkata buku pertama adalah hasil nukilan adiknya, Allahyarham Sheikh Mustapha Shukor Al-Masrie, 32, yang juga dikenali sebagai Ajil, menceritakan mengenai usaha dan cita-cita Dr Sheikh Muszaphar untuk merealisasikan impian menjadi seorang angkasawan.

    Dr Sheikh Muszaphar berkata, buku ditulis adiknya disiapkan sebelum Allahyarham meninggal dunia Oktober lalu.

    "Buku yang ditulis oleh Allahyarham akan dilancarkan terlebih dulu sebagai satu penghargaan kepada Allahyarham yang menjadi penyumbang kuat kepada kejayaan saya hingga muncul sebagai angkasawan negara," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri 'Detik Manis Bersama Angkasawan' bertemakan 'Menyelami Keindahan Angkasa' di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, semalam.

    Majlis itu turut dihadiri Naib Canselor USM, Prof Datuk Dzulkifli Abdul Razak; Timbalan Naib Canselor USM, Prof Madya Omar Osman dan Penasihat Astronautic Technology (M) Sdn Bhd, Sangat Singh.

    Lebih 2,700 orang termasuk pelajar menghadiri program selama dua jam yang berlangsung di Dewan Tuanku Syed Putra USM.

    Dr Sheikh Muszaphar berkata, kejayaannya banyak didorong oleh Allahyarham adiknya yang juga menjadi tulang belakang dan penyokong kuat usahanya selama ini.

    "Ajil seorang yang berpandangan jauh, suka menolong, bercita-cita tinggi dan petah berbahas dan buku ini adalah sebagai hadiah paling berharga buat Allahyarham," katanya.

    Beliau berkata, bukunya pula akan mengandungi semua catatan dan pengalamannya yang bertajuk Perjalanan ke Angkasa.

    Antara lain, buku itu mengandungi pelbagai catatan pengalaman ketika menjalani latihan dan kehidupan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

    "Buku itu kini dalam proses akhir sebelum diterbitkan," katanya.

    Mengenai misi jelajahnya, Dr Sheikh Muszaphar berharap semua sekolah dapat menubuhkan kelab aeroangkasa bagi membolehkan pelajar memahaminya, sekali gus menggalakkan golongan muda dalam ilmu berkenaan.

    "Kelab aeroangkasa mampu membuka minda rakyat Malaysia mengenai teknologi angkasa selain menggalakkan pelajar mendalami ilmu berkaitan," katanya.

    Sementara itu, Dzulkifli berkata, kehadiran kali pertama angkasawan negara yang disambut meriah membuktikan remaja kini sudah mula membuka minda untuk mengangkat martabat saintis.

    "Keadaan sebelum ini berbeza kerana golongan muda lebih mengagungkan penghibur dan hiburan sebagai idola mereka," katanya
    .

     

    Sumber: Berita Harian Online


    Posted by site editor at 12:01 AM WST

    Newer | Latest | Older

    free web tracker